Perompak tebuk dinding rompak kedai emas

Liabiliti Genneva Malaysia melebihi aset – Awang Adek
October 24, 2012
Thieves drill their way to RM1m in jewels
October 30, 2012
Show all

Perompak tebuk dinding rompak kedai emas

KUALA LUMPUR — Sekumpulan perompak memasuki sebuah kedai emas dengan menebuk dinding belakang premis itu sebelum melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM1 juta dalam satu kejadian di Jalan Genting Klang di sini Sabtu lepas.

Kejadian dipercayai berlaku pada 9 malam dan hanya disedari seorang pekerja kedai emas itu pada 8 malam keesokan harinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt. Othman Abu Bakar berkata, kumpulan suspek itu dipercayai mempunyai kepakaran menggunakan peralatan memecah dinding serta peti kebal, selain telah lama memerhatikan premis berkenaan.

“Dipercayai mereka menggunakan gas acetylene untuk melembutkan peti kebal sebelum memecahkannya,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan kejadian di premis yang beroperasi dari 8.30 pagi hingga 8.30 malam itu menyaksikan tiga peti besi berisi barang kemas ditebuk suspek.— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *