Lelaki guna helah tempah cincin tunang, larikan rantai emas

Lubuk emas ditemui di Perak
November 1, 2012
Jual emas untuk teruskan hidup
November 22, 2012
Show all

Lelaki guna helah tempah cincin tunang, larikan rantai emas

ALOR SETAR – Seorang lelaki berlagak sebagai pelanggan sebelum menyamun seutas rantai leher emas daripada seorang pembantu kedai emas di Jalan Langgar di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari apabila seorang lelaki berusia 30-an datang ke kedai tersebut dengan helah hendak menempah cincin pertunangan.

Pembantu kedai, Zamzalina Zakaria, 38, berkata, lelaki yang sama pernah datang ke kedai tersebut untuk menjual emas dalam bentuk loceng dengan harga RM65 pada bulan lalu.

“Sewaktu lelaki itu masuk ke kedai, saya layan dia seperti pelanggan lain kerana pernah berurus niaga dengan dia sebelum ini.

“Pada mulanya dia memberitahu hendak menempah cincin pertunangan dengan menggunakan batu permata. Saya meminta dia membawa batu itu untuk memudahkan kami menganggarkan jumlah yang patut dikenakan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm