4 perompak kedai emas dicekup

Emas Murah di Lebuh Penang
March 12, 2015
Now is the best time to buy gold
March 20, 2015
Show all

4 perompak kedai emas dicekup

  • emas
 

KUANTAN – Kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Ringlet, Cameron Highlands petang kelmarin membongkar identiti pemandu serta tiga penumpang sebuah kereta yang terlibat apabila mereka dipercayai terbabit dalam kejadian rompakan sebuah kedai emas di kawasan berhampiran.

Suspek dipercayai dalam cubaan melarikan diri selepas menyamun kedai terbabit kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.

Susulan kemalangan yang turut melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah teksi itu, suspek terpaksa melarikan diri dengan meninggalkan beg berisi barang kemas hasil samun dalam kereta.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, cubaan suspek melarikan diri gagal apabila dua daripada mereka berjaya dikesan dan ditahan kira-kira jam 3 petang ketika sedang bersembunyi dalam dalam kawasan hutan berhampiran.

Menurutnya, seorang lagi suspek ditahan ketika bersembunyi dalam sebuah rumah kosong juga di sekitar kawasan itu kira-kira jam 7 petang hari yang sama.

“Menyedari dirinya menjadi buruan polis, seorang suspek keluar dari persembunyian dan menyerah diri di Balai Polis Brinchang  polis 10 pagi, semalam,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, petang semalam.

Wan Zahari berkata, suspek yang memakai topeng dan bersenjatakan senjata tajam sebelum itu dilaporkan melakukan rompakan ke atas kedai tersebut.

“Mereka didakwa meluru masuk dan bertindak memecah cermin rak pameran sebelum memasukkan barang kemas ke dalam sebuah beg.

“Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hitam,” katanya.

Beliau berkata, semasa mereka cuba melarikan diri, kenderaan dinaiki dirempuh dua kenderaan lain menyebabkan suspek terpaksa melarikan diri meninggalkan kereta bersama hasil rompakan di lokasi kemalangan.

“Tindakan pantas polis kemudiannya berjaya mengesan dan menangkap suspek terbabit tidak sampai dua jam selepas kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 / 397 Kanun Keseksaan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/4-perompak-kedai-emas-dicekup-1.334619

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *