Emas Murah Kuala Pilah
March 12, 2015
4 perompak kedai emas dicekup
March 12, 2015
Show all

Emas Murah di Lebuh Penang

  • Emas lebih murah di Lebuh Penang
  • Sebuah kedai yang menjual emas di Lebuh Campbell.
 

GEORGETOWN – Emas 916 dijual dengan harga berlainan di kedai emas di Pulau Pinang iaitu antara RM135 hingga RM170 segram, namun tinjauan Sinar Harian mendapati emas paling murah boleh didapati di kedai sepanjang Lebuh Penang.

Seorang pengusaha kedai emas di Lebuh Penang yang ditemui, Yuva Balan Sivasamy, 59, berkata, kualiti emas 916 adalah sama dijual di mana-mana kedai emas di Pulau Pinang kerana pengilangnya juga adalah sama.

Begitu pun, apa yang berbeza adalah margin keuntungan yang ditetapkan setiap peniaga.

Dia yang mengusahakan VKN Jewellers & MD Sdn Bhd, berkata walaupun keuntungan minimum diperoleh, pihaknya memberi keutamaan kepada kepuasan pelanggan.

“Inilah antara strategi perniagaan yang digunakan selama lebih 20 tahun bagi menarik pelanggan yang tetap untuk sepanjang masa walaupun harga emas turun atau naik.

“Bagi kaum India, nilai emas dilihat dari aspek kebudayaan dan keagamaan. Apa sahaja festival atau perayaan, emas adalah barangan keperluan untuk dibeli. Permintaan sepanjang masa membuatkan peniaga emas di Lebuh Penang tiada keperluan untuk menjual barangan kemas pada harga tinggi,” katanya kepada Sinar Harian

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *