Tauke emas rugi RM350,000

Thieves dig through four shops and cart away jewellery
August 22, 2012
Dua perompak larikan 9 dulang barang kemas di Seremban
August 25, 2012
Show all

Tauke emas rugi RM350,000

Inilah kedai emas yang dimasuki sekumpulan perompak di Plaza Melaka Sentral semalam.

 

MELAKA – Sekumpulan penjenayah sanggup menebuk lima dinding papan lapis sebelum dapat melarikan sejumlah barang kemas bernilai RM350,000 di sebuah kedai emas di Jalan PMS 1, Plaza Melaka Sentral di sini semalam.

Empat dinding tersebut melibatkan dinding-dinding yang memisahkan empat buah kedai iaitu butik andaman pengantin, pusat kecantikan, kedai kosong dan kedai emas itu sendiri.

Dinding kelima melibatkan dinding di dalam kedai emas itu yang dijadikan tempat menyimpan sebuah peti besi berisi barang kemas.

Saiz setiap lubang yang ditebuk boleh memuatkan seorang lelaki dewasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan R. Gunarajan berkata, rompakan itu disedari pada pukul 8 pagi apabila pemilik kedai emas itu menerima panggilan daripada pemilik bangunan tersebut yang ternampak pintu belakang butik andaman pengantin terbuka.

“Siasatan mendapati kumpulan penjenayah terbabit memasuki kedai emas tersebut selepas menebuk tiga buah kedai lain di bangunan sama.

“Selepas berada di dalam kedai emas, penjenayah menebuk pula dinding papan yang menempatkan peti besi berisi barang kemas,” kata beliau ketika ditemui di sini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0822&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *