Samun 11 dulang emas RM1 juta

Armed trio flee with RM1mil in gold and jewellery
July 15, 2012
Lombong emas haram di Kelantan
July 16, 2012
Show all

Samun 11 dulang emas RM1 juta

Samun 11 dulang emas RM1 juta

ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan rapi dalam kedai emas yang disamun di sebuah pasar raya di Batu Caves, Gombak semalam.

 

GOMBAK – Dalam tempoh tidak sampai lima minit, sekumpulan tiga penjenayah yang bersenjatakan pistol berjaya melarikan 11 dulang emas yang dianggarkan bernilai RM1 juta dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di pasar raya besar Giant di Batu Caves di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, suspek mencederakan seorang pengawal keselamatan kedai emas tersebut dan merampas selaras senapang patah serta dua butir peluru hidup.

Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang berusia lingkungan 50-an itu sedang mengawal di ruang pameran barang kemas yang terletak beberapa meter dari premis emas tersebut.

Selepas mencederakan pengawal keselamatan itu, ketiga-tiga suspek yang memakai cermin mata hitam dan topi kemudian mengheret lelaki itu masuk ke dalam kedai emas dan mengarahkan pekerja-pekerja premis itu memasukkan barang kemas ke dalam beg yang mereka bawa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, selepas mendapat habuan, ketiga-tiga suspek terbabit melarikan diri melalui pintu tengah pasar raya tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *