Lelaki Guinea tipu mekanik jual beli emas

Gold Fields set to fire 11,000 strikers in South Africa
October 18, 2012
Gold firm managements, investors give statements
October 19, 2012
Show all

Lelaki Guinea tipu mekanik jual beli emas

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga Guinea mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang mekanik berhubung jual beli emas dengan wang tunai berjumlah RM20,000, bulan lepas.

Sylla Baba, 41, seorang tukang masak, bersama-sama dua lagi suspek yang masih bebas, didakwa memperdayakan S. Logahendran, 27, untuk mempercayai bahawa Sylla boleh menyerahkan emas tulen dalam anggaran berat 500 gram dan menipu Logahendran supaya turut menyerahkan wang tunai berjumlah RM20,000 kepadanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Kedutaan Ghana, Ampang Hilir di sini pada 17 September lalu dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Sylla juga menghadapi pertuduhan tidak memiliki pas yang sah untuk memasuki dan berada di negara ini di perkarangan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini pada pukul 4.08 petang, 27 September lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)© Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya dan sebat.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *