Emas bernilai RM300,000 disamun di Jalan TAR

Now is the best time to buy gold
March 20, 2015
Flyers held in 62 kg Gold Haul in Vizag
June 24, 2015
Show all

Emas bernilai RM300,000 disamun di Jalan TAR

Kuala Lumpur: “Saya lihat perompak merempuh masuk kedai emas itu sebelum mengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan dan pekerja,” kata saksi kejadian rompakan kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, lapan lelaki bersenjatakan pistol, parang dan tukul besi melarikan tujuh dulang barangan kemas bernilai RM300,000.

Saksi wanita berusia 40-an yang enggan dikenali itu berkata, sebaik melihat ada penjenayah yang memegang pistol dia terus menjerit meminta pertolongan sebelum melarikan diri.

Menurut pekerja kedai tudung berhampiran kedai emas itu, dia bersama rakan lain tergamam melihat kejadian itu dan sempat melihat suspek memecahkan cermin dengan tukul besi.

“Saya dan rakan yang lain ketakutan dan kami terus melarikan diri sebelum ada yang menghubungi polis memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) tiga perompak masuk ke dalam kedai emas dan terus mengacu pistol ke arah pekerja .

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2015 @ 6:09 AM

ANGGOTA forensik membuat siasatan di tempat kejadian.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43057#sthash.CVIGmIv0.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *