1,500 pelabur tak puashati serbuan terhadap Genneva

Singaporean link in gold deals
October 7, 2012
7 lelaki samun emas 5kg dicekup
October 17, 2012
Show all

1,500 pelabur tak puashati serbuan terhadap Genneva

Kira-Kira 1,500 pelabur Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd membuat aduan di Pejabat Biro Aduan Pemuda Umno berhubung serbuan ke atas syarikat itu pada 1 Oktober lepas.

Pengerusi biro itu Datuk Muhd Khairun Aseh berkata pihaknya menerima hampir 2,000 aduan daripada pelabur syarikat emas terbabit selepas Bank Negara Malaysia (BNM) melakukan serbuan.

“Kesemua pelabur tidak berpuas hati dengan serbuan terhadap syarikat itu dan meminta pihak berkuasa memberi penjelasan,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Beliau berkata pihaknya sudah menghantar surat rasmi kepada BNM untuk memberi jaminan tertakluk berhubung keupayaan kewangan syarikat itu memulangkan semua aset milik pelabur.

“Kami tampil kerana para pelabur ini adalah dikategorikan sebagai pelabur yang jujur, ataupun dikenali dalam istilah undang-undang sebagai pelabur bona-fide,” katanya.

Beliau berkata demi kepentingan awam, BNM perlu menyenaraikan entiti dan individu yang beroperasi tanpa kelulusan di media massa.

Sementara itu, Al Jazzura Khan berkata selama beberapa tahun menjadi konsultan dan pelanggan syarikat pelaburan emas tersebut, pelabur tidak pernah ditipu.

“Apa yang kami beli, itu yang akan kami dapat, dan walaupun ada beberapa kali syarikat tersebut terlewat membayar keuntungan, tetapi syarikat itu tetap akan membayarnya,” katanya.

BNM dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan bahawa Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat yang berkaitan dengannya disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan termasuk pengambilan deposit secara haram serta pengubahan wang haram.

Serbuan di beberapa premis Genneva Malaysia serta kediaman pengarah syarikat itu dilakukakan bersama oleh Polis Diraja Malaysia, BNM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *