Lima lelaki baju sedondon rompak kedai emas

Samun 9 dulang barang kemas
August 26, 2012
Gold prices poised for further gains this week
August 27, 2012
Show all

Lima lelaki baju sedondon rompak kedai emas

 

KLANG — Lima lelaki berpakaian sedondon berwarna kuning berjalur merah dan berjaket hitam serta bertopi keledar tutup muka penuh mengambil masa kurang 40 saat untuk merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya besar di Jalan Kebun di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop berkata, dalam kejadian kira-kira 11.50 pagi itu, kumpulan lelaki bersenjatakan tukul besi, parang dan sejenis alat dipercayai pistol meluru masuk ke dalam kedai emas itu lalu memecahkan cermin pameran barangan kemas.

“Ketika kejadian, terdapat seorang pekerja dan pelanggan di dalam premis itu yang sedang berurus niaga. Empat daripada lelaki berkenaan memecahkan cermin pameran manakala seorang lagi mengambil beberapa barangan kemas dianggarkan bernilai RM10,000,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja bernombor pendaftaran CBG 5610 yang merupakan kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Seksyen 15, Shah Alam semalam.

Mohamad berkata kumpulan penjenayah itu yang dianggarkan berumur dalam lingkungan 30-an dipercayai melarikan diri ke arah Kampung Jawa. — BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *