Wanita berjubah kebas gelang emas
|
|
4th Feb 2008
SHAH NIZAM OMAR
ALOR SETAR - Menyamar sebagai pelancong asing sebelum melarikan seutas gelang emas bernilai
RM10,000.
Demikian taktik dua wanita yang memperdaya dua pekerja sebuah kedai emas di pusat beli-belah City
Plaza di sini semalam.
Ketika kejadian pukul 12 tengah hari, dua wanita dipercayai rakyat tempatan yang menyamar pelancong
Arab didakwa memukau dua pekerja kedai emas yang terletak di tingkat satu sebelum melarikan gelang
emas tersebut.
Seorang pekerja kedai itu, Siti Hajar Johar, 24, berkata, ketika kejadian beliau bersama seorang
rakannya melayan dua pelanggan itu kerana tiada pelanggan lain.
"Sebaik seorang daripada wanita itu meminta untuk melihat gelang tersebut, kami berdua tiba-tiba
terasa seperti berada dalam khayalan.
"Selepas bercakap-cakap mengenai harga dan bentuk rantai itu, kami kemudian terasa seperti dalam
mimpi,'' katanya ketika ditemui Kosmo! di sini.
Menurutnya, ketika kejadian yang berlaku dalam lingkungan 20 minit, hanya beliau dan rakannya itu
saja menjaga kedai.
"Selepas kira-kira lima minit ditinggalkan dua wanita itu, baru kami perasan gelang itu lesap
bersama wanita berjubah itu," katanya
|
|
Source: http://www.kosmo.com.my
Back to top |
Print this
page | Bookmark this page
|