+ Apa dia Pajak Gadai ?
Ramai pengguna berfikir memajak adalah satu cara yang mudah, cara yang selesa untuk meminjam wang. Ia memang betul jika anda dapat menebus balik barangan yang digadai.Namun anda boleh ditipu oleh pekedai pajak gadai yang tidak jujur. Oleh itu, anda perlu berwaspada supaya tidak tertipu/terpedaya.
+ Akta Pajak Gadai 1972
Akta Pajak Gadai 1972 telah diluluskan untuk menyeragarnkan undang-undang mengenai pajak gadai di seluruhMalaysia. Sebelum itu terdapat Enakmen-Enakmen yang berbeza-beza mengawal aktiviti pajak gadai di tiap-tiap negeri di Semenanjung Malaysia.
+ Definasi Pemegang Pajak Gadai
Orang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai digelar sebagai pemegang pajak gadai atau dalam bahasa lnggerisnya,pawn broker,. Ini termasuklah orang yang menerima barang seseorang lain sebagai cagaran untuk pernbayaran balik wang yang tidak lebih dari RM5,000 yang telah didahulukan. Sebagai contoh : A, seorang yang mempunyai wang telah meminjamkan RM100 kepada B yang memerlukan wang itu. Sebagai jaminan untuk pernbayaran balik wang itu, B meninggalkan dengan A sebentuk cincin emas. A di sini disifatkan sebagai seorang yang menjalankan perniagaan mengambil barang barang sebagai pajak gadai.
Begitu juga halnya dengan seseorang yang membeli atau menerima barang-barang dan meminjam kepada orang itu sejumlah wang tidak melebihi RM5,000 dengan satu perjanjian atau persetujuan bahawa barang itu boleh dibeli kembali atau ditebus berdasarkan syarat-syarat tertentu.
+ Definasi Pemajak Gadai
Akta mendefinisikan pemajak gadai sebagai seorang yang menyerahkan sesuatu barang untuk dipajak gadai kepada seseorang pemegang pajak gadai. Akta juga memperuntukkan bahawa golongan-golongan tertentu tidak boleh menjadi pemajak gadai. Ini termasuklah orang yang dalam keadaan mabuk dan juga orang di bawah umur 16 tahun. Seorang kanak-kanak misalnya tidak boleh disuruh oleh ibu bapanya membawa barang tertentu untuk digadaikan. Sekatan yang dikenakan ke atas golongan ini adalah berasaskan prinsip am undang-undang bahawa orang ini tidak berkeupayaan untuk melibatkan diri dalam apaapa transaksi undang-undang.
+ Apakah yang dimaksudkan Ar-Rahn?
Dari segi bahasa ia bermaksud tetap. Ada juga yang memberi maksud menahan.Dalam Bahasa Malaysia, ar-Rahn ialah gadaian yang bermaksud pinjaman wang dengan menyerahkan barang sebagai cagaran untuk tempoh tertentu (Kamus Dewan, 1993).Dalam istilah fiqh, ar-Rahn bermaksud menjadikan sesuatu harta sebagai cagaran atau gadaian atas sesuatu hutang untuk menjamin pembayaran balik hutang tersebut
+ Apakah yang dimaksudkan Marhun?
Marhun bermaksud barang yang digadai. Sesuatu gadaian tidak akan berlaku jika tidak wujudnya marhun atau barang yang bernilai dan boleh digadaikan. Barang yang hendak digadai ini mestilah milik sendiri dan bukan barang yang dirampas atau barang yang dipinjam kerana gadaian ke atas kedua-dua jenis barangan tersebut adalah tidak sah.
Islam menetapkan bahawa menerima marhun adalah satu rukun akad Rahn. Oleh itu gadaian tidak dikira berlaku sehingga barang yang digadaikan itu belum diterima oleh orang yang menerima gadaian
+ Apakah syarat-syarat barang gadaian?
Barang yang hendak digadaikan perlulah barang yang boleh memberi faedah kepada manusia.
Barang yang hendak digadai adalah hakmilik penggadai.
Barang yang hendak digadai tersebut mestilah dimiliki dan boleh diserahkan ketika berlakunya aqad atau sighah.
Barang yang hendak digadaikan mestilah ditentukan harganya .
Berlaku penyerahan dan penerimaan barang yang digadaikan.
+ Apakah maksud penggadai?
Penggadai (Rahin) adalah orang yang menggadaikan barangan (marhun). Gadaian tidak akan berlaku dan tidak dianggap sah jika tidak ada penggadai.
+ Apakah maksud penerima gadaian (Murtahin)?
Penerima gadaian (Murtahin) adalah orang atau pihak yang memberi pinjaman kepada penggadai atas nilai marhun yang digadaikan .
+ Apakah perbezaan antara pajak gadai konvensional dan pajak gadai Islam?
Pajak gadai konvensional adalah pajak gadai yang menjalankan operasinya yang tidak mengikut hukum syara’. Pajak gadai konvensional berasaskan kadar faedah dan beroperasi demi keuntungan semata-mata, sementara pajak gadai Islam membawa konsep pinjaman tanpa faedah berasaskan prinsip Qard Al-Hassan, dengan tujuan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Penggadai dikenakan upah menyimpan ke atas nilai barang gadaian (marhun)
+ Apakah kelemahan pajak gadai konvensional?
Nilai gadaian merosot.
Mengenakan kadar faedah yang berlebihan.
Memberi nilai gadaian yang rendah.
Tiket gadaian sukar dibaca atau difahami.
Mengenakan bayaran terhadap salinan tiket gadaian.
Melelong gadaian bernilai lebih RM100 tanpa memberitahu penggadai.
Wang lebih gadaian tidak dipulangkan.
Pemberitahu upacara lelong tidak disebarkan seluasnya.
Pemegang pajak gadai menuntut wang pendahuluan.