Sayangemas

Pesta barang Emas

  
25hb Mac 2009
Kosmo

PESTA Barang Kemas Antarabangsa (MIJF) merupakan salah satu pameran barang kemas terkemuka di Malaysia dan benua Asia Tenggara.

Sejak beberapa tahun lalu, MIJF terus berkembang sama ada dalam pertambahan keluasan ruang pameran atau mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan.

Penganjuran MIJF 2008 yang baru berakhir dilihat sebagai satu kejayaan dengan peningkatan 65 peratus gerai pameran dan lebih 20,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa. Ini termasuklah Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong, Vietnam, Filipina, India dan China.

Sebagai menyahut permintaan dan potensi yang semakin meningkat, MIJF akan melancarkan Pesta Barang Kemas Antarabangsa (MIJF) - Edisi Musim Bunga sehingga 16 Mac ini, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pameran selama empat hari itu dijadualkan berlangsung dari pukul 11 pagi sehingga 7 malam dengan kehadiran 200 peserta pameran dan lebih 18,000 pengunjung.

Pada tahun ini, MIJF buat pertama kali akan memperkenalkan Stylish Living Galleria dan Fine Jewellery Pavilion.

Stylish Living Galleria memperlihatkan ilustrasi menarik dan keraian gaya hidup penuh stail, manakala Fine Jewellery Pavilion merupakan edisi terbaru yang memaparkan koleksi aksesori berharga tetapi pada harga yang berpatutan. Antaranya barang kemas pengantin, gelang dan cincin emas atau platinum yang bertatahkan berlian.

Selain itu, pelbagai perkhidmatan dan program berkaitan turut disediakan. Ini termasuklah perkhidmatan pembersihan barang kemas percuma yang membenarkan pengunjung mendapatkan tip-tip berguna daripada pakar barang kemas tentang kaedah terbaik dalam penjagaan barang berharga itu.

Pengunjung juga berpeluang melibatkan diri dalam pelbagai sesi pertandingan seperti Belanja dan Menang yang menawarkan hadiah bernilai RM10,000 dan Teka harga yang memberikan set barang kemas kepada pemenang.

Sebagai menghargai kehadiran pengunjung, Privilege Parking Space yang terletak di Menara Dato Onn membenarkan anda meletakkan kereta pada kadar istimewa - RM5 sekali masuk. Pengunjung hanya perlu membawa kad VIP atau jemputan SMS yang dihantar.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.elite.com.my atau dengan menghubungi talian 03- 9058 8772.

PENGUNJUNG MIJF juga datang dari China, Hong Kong dan India. PELBAGAI jenis barang emas ditawarkan di pameran yang berlangsung di PWTC itu sehingga 16 Mac ini.

   Back to top     |      Print this page   |     Bookmark this page

   Navigation

   Harga Emas

Harga Emas Malaysia

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]