Harga emas mampu cecah AS$1,100
seauns
|
|
Berita
Harian
HARGA emas diunjurkan mampu mencecah sehingga
AS$1,100 seauns tahun ini di tengah-tengah
keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
Pengerusi Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd,
Datuk Choon Yee Siong, berkata ketidaktentuan
ekonomi global berkemungkinan berterusan dan
emas dijangka menjadi aset bagi pelabur yang
mahu melindungi nilai modal mereka.
“Kebiasaannya emas adalah pelaburan yang
menarik bagi mereka yang mencari tempat selamat
untuk melabur wang mereka atau sebagai
pelindung nilai terhadap sebarang krisis
ekonomi, politik, sosial atau berasaskan mata
wang,” katanya ketika ditanya prospek harga
emas selepas mesyuarat agung Poh Kong, di
Petaling Jaya, Selangor, semalam.
Choon yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Poh
Kong berkata, pergolakan yang berlaku di
beberapa bahagian di dunia seperti serangan
Israel ke atas Palestin dan peperangan di Iraq
juga akan menjadi antara faktor yang akan
menyumbang kepada peningkatan harga komoditi
berharga itu.
“Dari segi sejarah, emas meningkat sejajar
dengan pergolakan di seluruh dunia. Harga yang
tinggi akan memberikan berita positif kepada
keuntungan dan margin kami,” katanya.
Mengenai sama ada harga emas yang tinggi akan
melembapkan permintaannya, beliau berkata:
“Mengikut rekod kami, kami masih melihat
pertumbuhan dalam jualan emas walau pun apabila
harga meningkat sedikit tahun lalu.”
|
|
Back to top |
Print this page
|
Bookmark this
page
|