Barang emas dipakai tak perlu dibayar zakat
|
|
20hb Feb 2009
Harian Metro
SAYA memakai barang kemas dengan kos melebihi RM1,500. Adakah saya wajib mengeluarkan zakat ke atas
barang kemas berkenaan?
Jika dikenakan zakat, bagaimana cara kiraannya? Adakah kadarnya perlu dikira berdasarkan harga beli
atau mengikut nilai pasaran dan berapakah yang harus dibayar?
SAL,
Kuala Lumpur
BARANG kemas wanita daripada emas dan perak yang dipakai tidak wajib zakat kecuali ia disimpan
tanpa dipakai selama satu tahun atau melebihi uruf (adat) kebiasaan.
Lagi pula barang kemas yang anda miliki belum lagi mencukupi nisab tahunan iaitu RM7,900 bagi tahun
2009 (rujuk Pusat Zakat Selangor, http://www.e-zakat.com.my/baru/).
Apabila cukup nisab dan haul (pegangan setahun) baru zakat dikenakan. Kadar zakat ialah 2.5 peratus
daripada jumlah nilai barangan emas dan perak terbabit.
Anda juga dinasihatkan berhubung dengan pusat zakat terdekat untuk pertanyaan lanjut.
|
|
Back to top |
Print this
page | Bookmark this page
|